Bagi anda yang malas bersenam, ada satu cara praktikal yang boleh membakar lemak iaitu mengadakan hubungan seks. Lebih kreatif anda melakukan gerakan @ mencuba posisi yang pelbagai maka lebih banayaklah lemak yang terbakar. Cuba kita analisis aktiviti ini
Aktiviti 1
Membuka pakaian - 8 - 80 kalori
Semakin kreatif anda membuka pakaian pasangan anda semakin banyaklah kalori yang anda telah gunakan. Oleh itu pandai-pandailah anda buat supaya maksimum kalori dapat dikeluarkan sambil diselangi dengan godaan dan gurau senda.
Aktiviti 2
Berciuman 68 kalori - 171 kalori
Lakukan aksi ini dengan penuh bersemangat dan ghairah kerana ia mampu membakar lemak sehingga 90 kalori sejam. Bercumbu pula dengan pelbagai aksi kesukaan anda. Tak payah le sebut. Anda buat anda tahulah. Yang paling bagus sekali bercumbu sambil tekan tubi kerana ia boleh membakar sehingga 171 kalori sejam.
Aktiviti 3
Mengurut - 80 kalori
Aktiviti ini memang disukai. Pijatan si isteri bukan sahaja membakar lemaknya sendiri tetapi juga membangkitkan ghairah suami. Lebih elok urutlah dengan perlahan kerana lebih banyak lemak akan terbakar. begitu juga mengurut dengan cara anda berdiri membakar lebih banyak lemak.
Aktiviti 4
Berhubungan Badan - 144 kalori
Yang ini memang semua orang tahu. Aktiviti yang hendaklah anda lakukan tidak perlulah dituliskan kerana masing-masing ada cara sendiri dan trademarknya. Apatah lagi jika aktiviti ini yang anda lakukan penuh dengan lenguhan dan desahan. Tapi pastikan anda mencapai klimaks setelah anda pasti anda benar-benar telah membakar lebih banyak lemak.
Oleh itu, jika anda malas nak bersenam, inilah cara yang paling ideal untuk anda lakukan. Bukan sahaja anda dapat membuang lemak di badan tetapi banyak manfaat lain. Antaranya anda boleh dapat anak, ketenangan jiwa, merapatkan kasih sayang suami isteri dan anda rasa muda serta langsing. Jom cuba daripada sekali seminggu kepada 3 atau 4 kali seminggu. Ada berani?
No comments:
Post a Comment